Friday 15 July 2011

Lama tak bukak blog

assalamualaikum.. apa khabar semua..mashaAllah..lama betul tak bukak blog cikgu syaqir ni..maybe xbyk mende nak cite kot..ataupun jari2 ni dah start malas nak menaip kan?hah...ade harapan gak tu..tp syaq try je la ringan2kan tulang jari2 ni utk taip..apa macam Malaysia lwn Arsenal aritu?ok la..even kena 4-0 pun,syaq rasa persembahan Harimau Malaya ok je sbnarnye..xbyk kesilapan2 bodoh mcm sebelum2 ni..cumanye macam Sir Arsene Wenger kata,'Overall this team had a good play against us ..great spirit but lack in offensive as a team..' mmg betul pun..sbb team Malaysia xbyk pilihan striker2 yg bagus..jgn harap sgt dekat Safee tu..sbb kalau die injurt mcm skrg kan dah payah..pastu kalau dpt winger mcm miyaichi tu terbaik kot..blum lg ade player Malaysia yg kuat dari segi individual skill..apa2 pun korg agak bgus main aritu..ye la,arsenal tu sebuah pasukan yg kuat skrg ni kan..tapi siapa tau,smpai satu masa nnt team Malaysia akan setanding dgn diorg kan?teruskan usaha..Malaysia boleh! pasni lwn liverpool cuba baiki kelemahan..terutama bahagian pertahanan..goalkeeper tu biar la KFCM yg handle..yg lain mcm xbley harap je..defence kena maintain..jgn tukar2 org sgt..kesefahaman defence tu penting..cewah..mcm la rajagopal tu baca blog nih kan..hahahaha

Saturday 2 July 2011

Luahan Hati Cikgu Syaqir kepada pihak Kerajaan dan juga kepada pihak Pembangkang

KUASA itu sentiasa dikejar oleh SEMUA manusia..Padahal ianya hak mutlak ALLAH s.w.t. Maka ALLAH jua lah yang menentukan pada siapa KUASA itu dipegang..seandainya kamu bukan di kalangan orang yang mendapat KUASA,percayalah bahawa ketetapan ALLAH itu ada hikmahnya

Tanah Rumpun

Usah dikira berapa titis darah
Usah ditanya nilai seluruh pengorbanan
Rumpun itulah yang menanggung segala seksa
demi mempertahankan tanah yang digenggam

Bukanlah tangan ini yang menentukan segalanya
Tanah yang digenggam terlerai jua
Disambar sang penjajah
Tuan tanah jadi hamba

Namun rumpun ini penuh tekad
Dalam diam mengatur langkah
Semangat sang belang
Penjajah yang kebal ditentang jua

Tibanya hari rumpun itu bebas
Perginya penjajah meninggalkan parasit
Parasit kecil tidak bermaya
Menumpang hidup di tanah orang

Rumpun itu lembut hatinya
Membantu parasit kecil tidak bermaya
Tanah yang digenggam ditumpang
Parasit kecil nampak peluang

Dirampas penjuru tanah itu dari tuannya
Parasit kecil bermaharajalela
Perginya parasit meninggalkan kutu
Kutu yang diam otak geliga

Dicariknya rumpun itu oleh si kutu
Rumpun terkoyak tiga
Tidak lagi dapat dicantum rumpun yang terkoyak itu
Kutu durjana menunggu masa

Kasihan rumpun itu
dikoyak oleh si kutu
Rumpun sudah terkoyak tiga
Kutu durjana nak jadi tuan