Tuesday 29 November 2011

ambik hang..lama btui xbkak blog nih!

salam...final exam utk sem 3 syaq dah abes...so start cuti la kan..yeeehaaa!tp b4 blk umah,syaq kne gi kursus seni sundang lipas PSSGM wilayah persekutuan kuala lumpur dari tarikh 26 hingga 28 november 2011 di dewan sekolah rendah agama (integrasi) sg chinchin,gombak.Seni sundang lipas adalah permainan senjata tajam tertinggi di dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.Seni sundang lipas ini adalah antara seni senjata yang dirahsiakan kaedahnya sejak awal lagi.Jadi, syaq bertuah utk turut serta di dalam kursus ini yang di ketuai oleh cikgu Mohd Sani bin Morni, anak murid pengasas PSSGM Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim di mana cikgu Mohd Sani telah ditauliahkan sebagai Wakil Mutlak Mahaguru untuk Istiadat Mandi Minyak yang disaksikan oleh 4 Khalifah Besar ketika itu iaitu cikgu Ezhar Abas, cikgu Ibrahim dan cikgu Zainal ‘Badak’ (arwah cikgu Idaris Abdul Rahman juga saksi ketika itu).Setelah tamat berkursus,syaq pun pulang ke rumah untuk berehat dan bercuti..hehe..