Tuesday 27 August 2013

aku, kau dan laman sosial

aku sedang meredah ranjau ke arahmu. jangan pernah bosan kerna cintaku bukan setakat di gerbang perkahwinan. cintaku untukmu selamanya. cintaku untuk anak-anakmu. untuk cucu-cucumu mungkin jua untuk cicit-cicitmu. perhatikan setiap langkahku dalam cerita kita. aku sedang menuju ke arahmu. telah aku langkah satu demi satu walau terkadang ribut bertandang. mungkin kali ini taufan pula yang melanda. namun aku tetap menuju ke arahmu. kerna cinta ini telah kusemai untukmu. sabarlah sayang. aku percaya, akan tiba masanya. saat cinta kita bersatu.

dan aku masih menuju ke arahmu.

No comments:

Post a Comment